hello! Im Sim Simi
Schaa AL Hassan










blogskinby:SchaaAlHassan
editby: Nur Aini Khairina
Ombak Rindu !!
Assalamualaikum, hari nie nak cakap fasal filem ombak rindu. Filem nie filem yang aku tertunggu-tunggu bila lah nak keluar tak sabar pulak nak tengok cerita tuh . aku tunggu pon sebab aku dah baca novel dye . cerita nie diadaptasi dari sebuah novel yang terlaris . aku dah baca semua sambungan dye , memang best lah .hihihi :D


Dalam filem nie ade Maya Karin (Izzah) Aaron Aziz (Hariz) Lisa Surihani (Mila)
Kulit muka hadapan novel ombak rindu .

Sipnopsis cerita Ombak Rindu :
Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu.
Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah.  Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

 
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
tak sabar nak tunggu cerita nie keluar panggung , dengar khabar cerita nie keluar 1/12/11 . tak tahu betol kew tak . harap-2 jalan cerita novel nie same dengan jalan cerita filem nya . kbhaii <3



Labels: ,

Kalau ade rezeki aku terima , kalau takade aku redha :)
Assalamualaikum pembaca-pembaca sekalian . Tadi aku baru jew selesai buat permohonan ke Sekolah Vokasional . ramai orang pandang rendah dengan sekolah vokasional nie . orang kate budak yang tak pandai jew masuk vokasional . peduli ape aku , yang penting aku belajar . tadi aku dah isi borang permohonan ke vokasional . aku harap sangat dapat masuk sekolah yang aku pilih tuh . tapi kalau tak dapat aku redha jew . maybe bukan rezeki aku . :) Okay lah . malas nak tulis panjang-2 . kbhaii  <3

Labels:


|