hello! Im Sim Simi
Schaa AL Hassan










blogskinby:SchaaAlHassan
editby: Nur Aini Khairina
Tip : Menahan Sabar .
Bulan Ramadhan bulan yang paling mulia. Justeru kita semua digalakkan melakukan amal ibadah . temasuk menahan sabar . Nah baca nie :

Marah apabila tidak dibendung maka akan membawa perkara yg diluar batasan Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:

PERTAMA

Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, baik hati, sabar, tenang dalam menghadapi apa-apa situasi.

Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dlm hal ini spt kisah yg berikut :

Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun, hutang tersebut belum masanya lagi untuk dibayar. Zaid datang dengan penuh kekerasan dan kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar

“aku dan dia (zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yg kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi (zaid) meminta dengan cara yang baik”

Nabi meminta shbt untuk membayar hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap Umar.

Dgn sikap dan akhlak yg ditunjukkan Nabi maka, akhirnya Zaid memeluk Islam

(hadith riwayat ibnu hibban al-hakim dan at-thabrani)

KEDUA

Hendaklah seseorang itu menguatkan jiwanya ketika mana dia hendak marah, kemudian ingat tentang akibat buruk marah dan mengingati kelebihan orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang lain.

Firman Allah swt

“Orang2 bertakwa ialah org yg berinfak baik diwaktu lapang mahupun sempit, dan org2 yg menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain. dan Allah mencintai org yg berbuat kebaikkan” (Al-imran:134)

Nabi SAW bersabda bermaksud :
“sesiapa yg menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di depan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana2 bidadari” (hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
“tidak ada seseorang hamba menahan marah kerna Allah ta’ala melainkan Allah akan memenuhinya dgn keamanan dan keimanan” (hadith riwayat Abu Daud)

KETIGA

Meminta perlindungan kepada Allah Ta’ala daripada syaitan yg direjam.

Firman Allah Ta’ala :
”dan jika syaitan datang menggodamu maka berlindunglah kepada Allah. Sungguh, Dia Maha Mendengar , Maha Mengetahui” (Al-A’raf:200)
2 org lelaki bermaki-makian di depan Nabi, salah seorang daripada mereka memaki seorang lagi dengan keadaan merah padam mukanya kerana kemarahan.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”sesungguhnya aku mengetahui satu kalimah kalaulah kalimah tersebut diucapkan oleh org yg marah itu nescaya akan hilang kemarahannya iaitu aku berlindung dgn Allah Ta’ala daripada syaitan yang direjam”
(hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

KEEMPAT

Orang yg marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yg marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

KELIMA

Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda.

Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam

“Nabi saw mengucapkannya 3 kali” (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

KEENAM

Berwudhuk, di mana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api. maka yg demikian, yang dpt memadamkn api adalah air yg dapat diperolehi daripada berwudhuk demikian dgn izin Allah dapat meredakan kemarahan

Nabi SAW bersabda maksudnya :
“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yang marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)
Ramadhan :)
Assalamualaikum saya tuan tanah penulis blog ini ingin mengusap Selamat Menyambut Bulan Ramadhan .

Semoga ini bukan Ramadhan terakhir untuk kita semua . Amin :)
JULAI :)

Assalamualaikum,dah lame aku tak update blogkan?hhmmm..sejak dok asrama nie memang jarang update blog.Tajuk besar pasal bulan Julai a.k.a bulan 7.Aku rasa bulan tujuh bulan yang paling aku sibuk sebab ape..
1. Kena bertugas time Robotik peringkat negeri . Tak sia-sia menolong sebab dapat markah koko sekali and sijil . HAHAHA -.-
2. Ujian Bulan Julai . Kene buat betul-betul sebab dah nak SPM dah lagi bape hari jee. Spm candidate'13.
3. Hari perlantikan Pengawas sesi 2012/2013 pada _ _/7/2012
4. Lawatan Outreach di Kolej Vokasional Dato Mad Zin pada _ _/7/12
5. Bulan Ramadhan tiba kembali . sungguh Excited !!! 21/7/12.
jadual padatkan? tapi apa-apa pun hidup kene diteruskan :)

#Thanks for Reading :)
Assalamualaikum , Hai , Annyeong :)
Haihaihaihai.dah lame aku tak update blog kan?nanti cuti panjang aku update blog kayyy?HAHAA
Belajar Menghargai dari Dihargai

Semasa zaman kanak-kanak,
Menghargai ibu dan ayah yang telah melahirkan, membesarkan, mendidik, memberikan pakaian, makan-minum, tempat tinggal, sekolah, duit belanja, permainan, dan banyak lagi.
Menghargai adik-beradik yang sama-sama di ajak bermain, along, angah, uda, alang, ateh, tam, acik, anjang, busu, yang teman menonton tv, yang teman keluar berjalan.
Menghargai saudara-mara yang ibarat mengganti keluarga di mana-mana sahaja kita berada.
Menghargai cikgu-cikgu yang telah mengajar, yang marah didalam kelas, yang senyum selalu ketika mengajar, yang memberi hadiah bila berjaya, yang menanda buku sekolah, dan macam-macam lagi yang cikgu buat.
Menghargai kawan-kawan sekolah yang baik atau nakal, yang duduk disebelah kiri kanan depan belakang, yang berjalan bersama-sama, yang makan di kantin bersama-sama, yang mengusik, yang belajar, dan banyak lagi kerenah.
Semasa zaman remaja,
Menghargai sahabat-sahabat yang mula bersama-sama mengorak langkah, membuat sesuatu yang baru, yang mengajak ke masjid, yang mengejutkan ketika tidur dalam kuliah, yang menasihati dan menegur, dan segala-galanya yang mereka lakukan.
Menghargai orang sekeliling yang banyak membantu dalam kehidupan seharian, yang memberikan senyuman sedekah, yang menguruskan urusan-urusan penting dan lain-lain lagi.
Semasa zaman dewasa,
Menghargai keluarga sendiri, suami, isteri, anak-anak, yang menjadi penawar suka dan duka, yang menceriakan kehidupan, yang mendorong bersama-sama membina keluarga bahagia, dan semuanya.
Menghargai jiran-jiran yang sedia ketika susah atau senang, walau tidak semuanya peramah dan mesra, yang menziarahi ketika sakit dan lain-lain lagi.
Dari semasa ke semasa hingga ke akhir hayat,
Menghargai cinta yang telah Allah SWT limpahkan,
Menghargai kasih-sayang yang telah Nabi Muhammad SAW curahkan,
Kesimpulan,
Adakah kita telah dan selalu menghargai daripada rasa ingin dihargai? Kenapa kali ini saya mempersoalkan tentang perkataan "menghargai" ini? Sahabat pembaca, nilai menghargai lebih mulia dari dihargai. Dihargai sudah tentulah daripada kebaikan atau keperibadian diri sendiri yang dikagumi seseorang.
Orang akan menghargai kita yang telah berbuat baik kepadanya. Orang akan menghargai kita yang telah membantunya. Orang akan menghargai kita yang telah menegurnya. Dan macam-macam lagi contoh apabila kita dihargai.
Namun sejauh manakah kita memanjatkan rasa syukur apabila kita dihargai? Berbeza apabila kita cuba menghargai sesuatu. Orang baik kita hargai. Orang nakal kita hargai. Nakal tidak bermakna kita perlu banggakan sikapnya, tetapi kita menegur dan menasihati dengan sikap berlembut dan bersopan.
Kadang-kadang kita tidak sedar akan orang-orang yang dikurniakan Allah untuk berada dekat dengan kita, tetapi kita menjauhinya atau menghinanya apabila kita menemui kelemahan dan kekurangannya. Mungkin ini adalah sebahagian ujian dari Allah untuk kita dalam menghargai setiap pemberianNya.
Dan yang paling besar dan tidak ternilai apabila kita menghargai Allah SWT. Menghargai dengan mengenalinya dengan lebih dekat, mencintaiNya setiap saat bernafas, mengingatiNya ketika susah dan senang, mencarinya tanpa tempat dan masa, dan mengabdikanNya erat dan utuh didalam jiwa.
Dan menghargai insan bernama Nabi Muhammad SAW yang berakhlak Al-Quran kalam Allah. Yang sentiasa mendahulukan umatnya walaupun pada saat akhir nafasnya menghembus kedunia. Sahabat pembaca, masih jelaskah kamu dengan erti menghargai ini? Sama-samalah kita bermuhasabah akan sifat-sifat kita yang kurang, dan berubahlah kepada yang lebih menghargai. Dan Allah Maha Mengetahui.


Apa Perempuan Cakap.

Assalamualaikum readers sekalian. Ape khabar? sihatkah ? Hari nie aku nak cakap pasal "Apa Perempuan Selalu Cakap" . Kalau korang bace entry dekat bawah nie mesti korang TERsengih-sengih macam kerang busuk kan? HAHAHAA. Untuk pembaca Lelaki anda boleh teruskan membaca manakala untuk pembaca Wanita anda boleh tukar ayat lelaki kepada perempuan , handsome kepada cantik. begitulah sebaliknyee . tak faham boleh komen . anda sule like jeww and jangan lupe komen sekali . byee . Assalamualaikum :)

 Kalau lelaki handsome pendiam 
Perempuan akan cakap:: "woow, cool giler..."
kalau lelaki tak handsome pendiam
Perempuan akan cakap: "eh perasan bagus..."
kalau lelaki handsome berbuat jahat
Perempuan akan kata: "nobody's perfect"
kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
perempuan akan cakap: "memang.... muka pun macam pecah rumah!"
kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
perempuan akan cakap: "wah.. machonya.. macam hero filem!"
kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
Perempuan akan kata: "entah2 kawan dia..."
kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "sepadan sangat..."
kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
perempuan akan kata: "mesti kena bomoh perempuan tuh!"
kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata: "jangan sedih, kan saya ada..."
kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...
kalau lelaki handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "perasaannya halus...penuh kasih sayang"
kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
perempuan akan cakap: "sesama keluarga memang harus menyayangi..."
kalau lelaki handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "matching... hebat luar dalam"
kalau lelaki tak handsome bawa BMW
perempuan akan cakap: "bang, bosnya mana...?"
kalau lelaki handsome tak mau bergambar
perempuan akan cakap: "pasti takut kalau-kalau gambarnya tersebar"
kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
perempuan akan kata: "tak sanggup melihat hasilnya ya..."
kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap:"ini barulah lelaki gentlemen"
kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
perempuan akan cakap: "naluri pembantu, memang begitu...."
kalau lelaki handsome bersedih hati
perempuan akan cakap: "let me be your shoulder to cry on"
kalau lelaki tak handsome bersedih hati
perempuan akan kata: "kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?"

Jika Kau Cantik
Jika kau cantik,
Jangan fikir kau menarik,
Cantik luaran itu kelebihan,
Kecantikan dalaman itu lagi baik..


Jika kau cantik, 
Jangan pernah merasa bangga,
Biar diri buruk rupanya,
Yang penting cantik kata bicara..

Jika kau cantik, 

Berpijak dibumi yang nyata, 
Kecantikan mu hanya sementara,
Masa berlalu pasti berubah wajah..